65 murid termasuk guru di Kedah dijangkiti influenza

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AYER HITAM - Seramai 65 murid termasuk guru di 39 sekolah rendah dan menengah di Kedah disahkan dijangkiti influenza sehingga hari ini.

Exco Pendidikan, Dr Salmee Said berkata, walaupun jumlah berkenaan meningkat namun tiada sekolah yang ditutup kerana keadaan semasa ketika ini masih terkawal dan berada di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, sebanyak tujuh daerah direkodkan iaitu Kuala Muda/Yan membabitkan 11 sekolah, Kulim/Bandar Baharu (11), Kubang Pasu (8), Kota Setar (4), Pendang dan Padang Terap masing-masing dua sekolah dan Sik (1).

"Kes influenza tidak memerlukan sekolah ditutup. Bagi pihak sekolah pula, mereka akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan termasuk aspek menjaga kebersihan," katanya ketika ditemui pada program penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di SK Ayer Hitam, di sini.

Dr Salmiee turut menasihati ibu bapa supaya memantau kesihatan anak-anak dan tidak membenarkan mereka hadir ke sekolah jika tidak sihat.

Beliau juga mahu semua murid mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan daripada strok haba sepanjang musim panas ini.

Artikel Berkaitan: