Kelar dua beradik: LZNK bantu bina rumah baharu

Awang (kanan) berbincang bersama keluarga mangsa mengenai pembinaan rumah berkenaan.
Awang (kanan) berbincang bersama keluarga mangsa mengenai pembinaan rumah berkenaan.
A
A
A

YAN - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dijangka membina sebuah rumah baharu kepada pasangan suami isteri selepas kehilangan dua anak yang dibunuh dengan kejam di Kampung Kuala Sungai Yan, semalam.

Pegawai Zakat Yan, Awang Kamis berkata, LZNK tampil membantu keluarga terbabit terutama ibu mangsa yang trauma dengan kejadian berkenaan.

“Kita faham perasaan ibu yang trauma dengan kejadian berkenaan dan mengambil peluang ini untuk membantu. Insya-ALLAH sebuah rumah dengan anggaran kos sebanyak RM43,000 akan dibina di kawasan berhampiran rumah lama.

“Kerja-kerja pembinaan akan mula dijalankan secepat mungkin selepas selesai semua prosedur yang diperlukan,” katanya.

Awang berkata, pihaknya juga turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada ibu bapa mangsa dan RM300 untuk bapa saudara mangsa yang turut terkena libasan parang suspek.

“Diharapkan dengan bantuan ini, keluarga mangsa dapat berasa lega dan terus tabah menghadapi ujian besar ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: