X

Kindly register in order to view this article
!

Unifi Plus Box serlah dunia hiburan digital

Unifi Plus Box akan membawakan resolusi video 4K UHD, dekoder audio Dolby Digital Plus, dan codec video-video yang popular.
A
A

PELANGGAN unifi Home kini boleh menikmati dunia hiburan digital tanpa had dengan unifi Plus Box yang baharu.

Pemangku Naib Presiden Eksekutif Unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, kotak TV berasaskan Android 4K yang pertama daripada unifi itu memberikan akses kepada semuka perkhidmatan hiburan digital unifi termasuk saluran penstriman digital, video on demand dan kandungan interaktif.

“Dengan unifi Plus Box, pelanggan unifi Home dapat menyaksikan kandungan menerusi internet (over-the-top, OTT) pilihan mereka dengan memuat turun aplikasi kegemaran menerusi Google Play Store,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, menerusi kotak Android TV OS (9.0 Pie) yang terkini, pengguna mendapat akses yang lancar kepada Google Play Store serta pelbagai pilihan aplikasi yang boleh dimuat turun.

“Ini membolehkan pelanggan menggunakan hanya satu Set-top Box (STB) untuk menyaksikan semua perkhidmatan penstriman digital dan interaktif unifi,” katanya.

Menurutnya, pelanggan unifi Plus Box yang baharu akan menerima ID playTV unifi tambahan supaya dapat menikmati kandungan kegemaran di rumah atau di mana-mana sahaja menerusi aplikasi playTV unifi (untuk peranti Android dan iOS).

Beliau berkata, dengan menawarkan perkhidmatan penstriman digital melalui aplikasi unifi playTV, pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk mengakses kandungan disediakan melalui mana-mana TV Android atau telefon pintar tanpa perlu membeli unit unifi Plus Box kedua.

“Unifi Plus Box akan membawakan resolusi video 4K UHD, dekoder audio Dolby Digital Plus, dan codec video-video yang popular. Kotak Android ini memiliki pemproses AM Logic A53 Quad Core dengan memori 2GB DDR4 dan storan 8GB eMMC*,” katanya.

Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi TMpoint atau Penjual Sah TM yang berhampiran atau menghubungi Pusat Jualan TM.

Pelanggan sedia ada juga boleh menaik taraf kepada pelan unifi Home kepada unifi Plus Box dengan menghantar permintaan menerusi Live Chat di unifi.com.my/chat atau aplikasi myunifi.

Untuk maklumat lanjut tentang manfaat tambahan unifi Home 30Mbps, 100Mbps, dan 300Mbps, sila layari https://unifi.com.my/personal/home/fibre-broadband, manakala untuk mendapatkan senarai lengkap saluran bagi Pek TV Ultimate unifi, sila layari https://unifi.com.my/tv/packages/index.html.