155 murid di Gua Musang nikmati RMT mulai hari ini

Azuri menyantuni murid SK Lepan Jaya yang layak menerima bantuan PSP yang disediakan mulai hari ini.
Azuri menyantuni murid SK Lepan Jaya yang layak menerima bantuan PSP yang disediakan mulai hari ini.
A
A
A

GUA MUSANG - [DIKEMASKINI] Seramai 155 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lepan Jaya, di sini, layak menikmati program penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bermula hari ini.

Sekolah berkenaan juga merupakan satu-satunya sekolah di daerah ini yang menerima program berkenaan.

Guru besar, Hassan Che Bedolah berkata, program ini amat bermakna buat murid di sekolahnya kerana rata-rata terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

"Kita mempunyai 174 jumlah murid keseluruhan dan sebelum ini hanya 133 sahaja yang layak menerima program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

"Namun, menerusi program ini, ia diperluaskan kepada 155 murid yang mana bilangan itu ditambah lagi kepada 22 murid," katanya.

Permulaan program ini turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang, Azuri Hamzah.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, program ini dilaksanakan seperti yang dijadualkan tetapi hanya dikhususkan kepada pelajar tidak berkemampuan sahaja.

Pada Ogos tahun lalu, bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan tahun 2020.

Artikel Berkaitan: