X

Kindly register in order to view this article
!

Benarkah program e-Tunai Rakyat curi data peribadi rakyat Malaysia?

Program e-Tunai Rakyat.
A
A

KECOH dalam kumpulan WhatsApp kawan-kawan Merak Jalanan tentang bahaya daftar program e-Tunai Rakyat kerana kerajaan mahu ambil data kita semua.

Kata kawan Merak Jalanan, data itu akan digunakan sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya nanti.

Merak Jalanan rasa pelik juga kerana di bawah kerajaan terdapat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mempunyai semua maklumat tentang rakyat.

Data JPN itu turut dikongsi dengan Jabatan Perangkaan Malaysia yang menggunakan data yang ada bagi tujuan analisa demografi penduduk meliputi usia, jantina dan kaum.

Jadi persoalannya, untuk apa lagi pungut data melalui program e-Tunai Rakyat? Tahukah mereka apa tujuan sebenar program tersebut?

Program e-Tunai Rakyat sebenarnya duit percuma bernilai RM30 yang diagihkan kepada 15 juta rakyat yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Ia telah diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2020 sebagai rangsangan digital yang melibatkan kos RM450 juta, bertujuan untuk menggalakkan pengguna serta peniaga tempatan, terutamanya dalam perniagaan kecil dan runcit supaya mengguna pakai e-Dompet serta kaedah pembayaran digital.

Selain itu, ia juga membantu rakyat Malaysia terutamanya daripada kumpulan B40 dan M40 membiasakan diri dengan pembayaran elektronik.

Pembayaran tanpa tunai sebenarnya sudah menjadi amalan masyarakat di negara maju.

Platform bagi pembayaran tanpa tunai kini telah disediakan oleh syarikat-syarikat seperti Touch n’ Go (TNG), Boost dan Grab.

Dengan semakin banyak peniaga tempatan di seluruh negara menerima transaksi tanpa tunai, warga Malaysia mendapati bahawa berurusan tanpa tunai tidak begitu sukar.

Yang penting, Merak Jalanan sudah membuat tuntutan dan membelanjakan duit percuma itu dengan senang hati.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!