Suspek pernah pukul isteri, abang ipar

Omar Bakar
Omar Bakar
A
A
A

YAN - "Kami rapat seperti adik beradik, tak sangka pula dia boleh buat macam ni kepada keluarga Idris.

Demikian kata Omar Bakar, 53 yang merupakan rakan suspek dan juga bapa mangsa, Idris Saad.

"Selalu kalau nak pi mana-mana kami akan pi bertiga, lepak di warung minum sama-sama dan kejadian ni memang saya tak sangka," katanya.

Omar berkata, suspek sentiasa mengamuk namun tidak pernah sehingga membunuh dan ini adalah kes pertama.

"Dia mula mengalami tekanan semenjak isteri dia tinggal dia, isteri dia dah tak mau dekat dia sebab dia pernah cekik tengkuk isteri dia.

"Abang ipar pun dia pernah belasah sampai cedera di kepala sampai menerima15 jahitan," katanya.

Menurut Omar pada malam kejadian, suspek mengadu padanya yang dia tertekan dan serabut.

"Saya masa tu duk dekat surau, dia mai mengadu kat saya kata serabut saya kata pi ambil wuduk kita jemaah isyak sama-sama.

Artikel Berkaitan:

"Dia pun dengar cakap saya, sudah sembahyang kami berpisah saya keluar pi kedai dan masa duk di kedai anak telefon kata suspek mengamuk.

"Saya duk ingat dia mengamuk biasa macam duk mengamuk selalu dan tak tau sampai bawa parang dan bunuh anak Idris," katanya.

Omar berkata, dia sangat kesal dan terkilan dengan apa yang berlaku kerana mereka bertiga baik bagaikan saudara.