X

Kindly register in order to view this article
!

Giliran Nik Qistina tersingkir

Perjuangan Nik Qistina di program Dansa Dan Sing (DDS) terhenti apabila diumumkan tersingkir pada minggu ketiga konsert malam tadi. - FOTO: INSTAGRAM
A
A

PERJUANGAN bintang muda, Nik Qistina di program Dansa Dan Sing (DDS) terhenti apabila diumumkan tersingkir pada minggu ketiga konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam malam tadi.

Menerusi minggu yang bertemakan 'Vice Versa Irama' itu, Qistina diiringi kru tarian atau troopers iaitu DP Fam menyampaikan lagu Jampi, nyanyian asal Hael Hussaini, mendapat markah terendah daripada barisan juri professional iaitu 51.67 peratus (%) manakala 5.7% daripada undian online.

Arja Lee dan Atilia sekali lagi turut berada pada kedudukan tiga terbawah dan terselamat untuk meneruskan saingan pada minggu keempat bersama Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.

Perjuangan Nik Qistina di program Dansa Dan Sing (DDS) berakhir pada minggu ketiga konsert malam tadi. - FOTO: INSTAGRAM
Perjuangan Nik Qistina di program Dansa Dan Sing (DDS) berakhir pada minggu ketiga konsert malam tadi. - FOTO: INSTAGRAM

DDS yang menggabungkan elemen dinamik seni tari dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Datuk AC Mizal selaku juri jemputan.

Kesemua peserta bertanding diadili menerusi format penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu markah juri profesional dan undian penonton secara online.

Bagaimanapun markah daripada juri profesional menyaksikan penilaian 70% untuk persembahan tarian, manakala 30% lagi daripada aspek nyanyian.

DDS yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam.