Lesen bot tamat tempoh, tiga lelaki ditahan

Bot yang ditahan Maritim Selangor selepas mendapati lesen telah tamat tempoh.
Bot yang ditahan Maritim Selangor selepas mendapati lesen telah tamat tempoh.
A
A
A

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor menahan sebuah Bot Sistem Kultur Laut (SKL) di kedudukan 0.1 batu nautika Tanjung Harapan, di sini hari ini.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot tersebut ditahan ketika anggota Maritim sedang melakukan rutin rondaan di perairan Tanjung Harapan pada jam 10.50 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, seramai tiga lelaki membabitkan warga tempatan (tekong), Indonesia dan Myanmar berada di atas bot itu,” katanya melalui kenyataan media, tadi.

Mohammad Rosli berkata, ketiga-tiga mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah namun ketika dokumen bot diperiksa didapati lesen bot tamat tempoh.

"Kesemua mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 30 hingga 58 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor dan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985," katanya.

Artikel Berkaitan: