Peniaga mengeluh Pekan Semenyih sesak, parkir terhad

Pekan Semenyih perlu seiring pembangunan elak menjadi pekan mati.
Pekan Semenyih perlu seiring pembangunan elak menjadi pekan mati.
A
A
A

SEMENYIH - Peniaga di Pekan Semenyih di sini, mendakwa perniagaan mereka akan terjejas sekiranya masalah kesesakan dan parkir yang terhad di kawasan itu tidak diselesaikan.

Peniaga, Amir Alwi, 53, berkata, pembangunan pesat di kawasan tumpuan menyebabkan Pekan Semenyih semakin tenggelam dan terpaksa bersaing dalam keadaan kemudahan serba kekurangan.

Menurutnya, dia mula terasa kesannya selepas perniagaan yang diusahakan sejak 18 tahun di kawasan itu semakin menurun saban tahun.

Amir
Amir

"Untuk atasi kesesakan, kalau boleh jalan di sini dibenarkan untuk kenderaan ringan berat sahaja, bagi kenderaan berat perlu menggunakan laluan lain.

"Selain itu, saya minta pengurusan sampah di sini diperbaiki. Tidak sesuai bekas pondok telefon dijadikan kawasan longgokan sampah, ada juga penduduk taman perumahan turut membuang sampah di sini. Kalau boleh sediakan rumah sampah yang lebih sesuai," katanya.

Katanya, dia tidak menolak pembangunan namun setiap pembangunan yang ingin dilakukan perlulah seimbang antara kawasan lama dengan baharu.

"Pembangunan di Semenyih biarlah selari, jangan hanya majukan kawasan tertentu sahaja tapi kawasan pekan ketinggalan.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang dengan pesatnya kawasan bandar, kebanyakan pelanggan sudah mula ke lokasi baharu, perniagaan kami di sini semakin kurang sambutan," katanya.

Peniaga, Arita Amir, 26, turut meminta wakil rakyat turun padang meninjau masalah di Pekan Semenyih dan membantu ekonomi perniagaan di kawasan itu.

"Masalah aliran trafik di sini sering berubah mengelirukan pengguna. Kesesakan dan parkir terhad menyukarkan pelanggan untuk berhenti dan berbelanja.

Arita
Arita

"Harap pihak berwajib khususnya wakil rakyat dapat melihat lebih dekat masalah kami bukannya hanya turun ketika pilihan raya," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Zakaria Hanafi berkata, beliau bertindak memanjangkan isu seperti kesesakan Pekan Semenyih kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan kerajaan negeri.

"Saya maklum dengan masalah di Pekan Semenyih dan banyak pembangunan boleh dicadangkan namun semua itu bergantung kepada peruntukan MPKj dan kerajaan negeri untuk pelaksanaan.

Zakaria
Zakaria

"Kelewatan jambatan yang menyumbang kepada isu kesesakan di Pekan Semenyih pernah saya bangkitkan sebelum ini yang menampakkan perubahan, isu kesesakan ini akan diselesaikan secara berperingkat," katanya.