X

Kindly register in order to view this article
!

KRS2020 perkenal songket kepada generasi muda

Mazlina (depan sekali) merasmikan Karnival Raja Sehari 2020 di Kuantan Parade di sini.
A
A

KUANTAN - Karnival Raja Sehari 2020 (KRS2020) yang berlangsung di sini mengangkat songket sebagai konsep utama karnival berkenaan bagi membolehkan warisan Melayu itu lebih dikenali dalam kalangan generasi muda kini.

Pengarah Urusan Ujies Collection, Ujie Ariffin berkata, beliau memperagakan lebih 60 busana songket dalam tempoh tiga hari ini yang berakhir hari ini.

Menurutnya, busana itu juga boleh menjadi idea kepada bakal raja sehari.

"Songket sebenarnya adalah tradisi Melayu yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Pakaian daripada songket sinonim dengan pengantin dan perkahwinan selain menjadi pakaian diraja dari dulu hingga kini," katanya.

Bagaimanapun katanya, kini material untuk membuat corak songket lebih ringkas berbanding zaman dahulu yang menggunakan benang emas.

Ujie (kiri) bersama suami mahu memperkenalkan songket kepada generasi baharu.
Ujie (kiri) bersama suami mahu memperkenalkan songket kepada generasi baharu.

Perincian songket pada masa kini menggabungkan elemen elegan bagi menampilkan imej klasik dan berkelas kepada pengantin.

Bakal raja sehari bakal juga berpeluang menikmati pelbagai manfaat dan diskaun menarik sehingga 50 peratus jika membuat tempahan menerusi pengusaha perancang perkahwinan sempena karnival itu.

KRS2020 menampilkan 34 usahawan tempatan yang terdiri daripada pengusaha perniagaan butik pengantin, jurusolek, katering syarikat percetakan dan produk kecantikan.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah SIRIM Pahang, Mazlina Manshor yang juga Pengerusi Persatuan Wanita Evolusi Baru.

Turut diadakan pertandingan melukis inai, pertandingan solekan, gerai tercantik, demonstrasi dekorasi kek dan demonstrasi hantaran berpatutan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!