Anak orang asli perlu sekolah kalau nak berjaya: Anwar

Anwar bergambar bersama anak orang asli yang menerima sumbangan persekolahan di sini hari ini.
Anwar bergambar bersama anak orang asli yang menerima sumbangan persekolahan di sini hari ini.
A
A
A

PORT DICKSON - Masyarakat orang asli dinasihatkan supaya menumpukan pelajaran anak-anak mereka jika mahu berjaya.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mobiliti sosial dalam masyarakat orang asli perlu dipertingkatkan agar mereka terus ke hadapan dan lebih maju.

"Pelajaran adalah perkara paling utama yang dapat membantu mengubah nasib seseorang, kalau nak berjaya kena pergi sekolah, tanya anak-anak pelajaran mereka, suruh mereka baca buku, ulangkaji.

"Jika ibu bapa kita tidak ada pelajaran, jangan pula anak dibiarkan begitu sahaja, hantar mereka ke sekolah, beri mereka ilmu dan pelajaran kerana kelak nasib mereka keluarga itu akan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali ke Sekolah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan di Kampung Orang Asli Sunggala dekat sini hari ini.

Anwar menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada anak orang asli di Kampung Orang Asli Sunggala dekat sini hari ini.
Anwar menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada anak orang asli di Kampung Orang Asli Sunggala dekat sini hari ini.

Hadir sama, Tok Batin Zamberi Harun.

Pada program itu seramai 25 anak orang asli menerima sumbangan beg sekolah dan keperluan makanan sumbangan daripada ABIM Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: