X

Kindly register in order to view this article
!

Pekadin syor kerajaan gantung cadangan perkenal PSS

Antara laporan Sinar Harian berkaitan isu Pas Sementara Sabah (PSS).
A
A

KOTA KINABALU - Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mengesyorkan kerajaan supaya segera menggantung cadangan memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) bagi menggantikan tiga dokumen yang dikeluarkan kepada warga asing di negeri ini.

Naib Presiden Pekadin, Simon Malubi mendakwa, sebahagian besar rakyat tempatan negeri ini tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Beliau berkata, persatuan itu berharap agar kerajaan sentiasa mendengar nadi dan perasaan rakyat terhadap pemberian PSS kepada pendatang asing yang boleh diperbaharui.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Isu PSS faktor utama Warisan kalah di Kimanis'

Pergerakan pemegang PSS dihadkan: Aziz Jamman

Pemegang PSS tidak layak mohon kewarganegaraan: Muhyiddin

"Pekadin juga menyambut baik kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal di Kadamaian, Kota Belud pada Ahad yang mahu berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung isu PSS.

"Kita harap cadangan PSS ini digantung dengan segera demi masa depan rakyat tempatan dan generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada September tahun lepas, Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah bersetuju mengeluarkan PSS bermula 1 Jun tahun ini bagi menggantikan tiga dokumen dikeluarkan kepada warga asing yang tinggal lama di Sabah iaitu IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung. - Bernama