Bekas tentera dilantik ketua diplomat Pyongyang

Son Gwon mengetuai delegasi Pyongyang untuk rundingan peringkat tertinggi pertama antara Korea tahun lalu. - Foto Agensi
Son Gwon mengetuai delegasi Pyongyang untuk rundingan peringkat tertinggi pertama antara Korea tahun lalu. - Foto Agensi
A
A
A

PYONGYANG - Korea Utara menamakan bekas pegawai tentera yang mengetuai dialog ketenteraan antara Pyongyang dan Korea Selatan sebagai diplomat utamanya.

Menurut laporan agensi berita Yonhap, ia adalah langkah yang boleh mengubah perjalanan rundingan nuklear yang terhenti antara pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Presiden Donald Trump.

Beberapa hari lalu, utusan asing telah dimaklumkan bahawa bekas Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Semula Damai, Ri Son Gwon akan menggantikan Ri Yong Ho sebagai Menteri Luar Negeri.

Penggantian ketua diplomat itu dibuat beberapa hari selepas Pyongyang mengisytiharkan negara itu tidak akan bergantung kepada hubungan peribadi dengan Trump kerana ia tidak berniat untuk menjual senjata nuklearnya bagi menamatkan sekatan.

Nama Son Gwon terkenal dalam kalangan rakyat Korea Selatan selepas mengetuai delegasi Pyongyang untuk rundingan peringkat tertinggi pertama antara Korea dalam tempoh dua tahun pada Januari tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: