X

Kindly register in order to view this article
!

Paip pecah ekoran kemalangan

Paip air di Persiaran Murni pecah setelah dua kenderaan terlibat dalam satu kejadian kemalangan. - Foto: Ihsan Facebook SJ Echo, gambar kanan: Abdul Halem Mat Som
A
A

SUBANG JAYA - Beberapa keping foto tular di media sosial memaparkan satu kejadian kemalangan yang berlaku berhampiran Jalan USJ2/1, Persiaran Murni di sini.

Menerusi satu kemaskini di laman Facebook SJ Echo, kejadian kemalangan itu juga telah menyebabkan paip milik Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pecah ekoran dilanggar salah sebuah kenderaan terlibat.

Kejadian itu dilihat turut menyebabkan sedikit gangguan lalu lintas berikutan pancutan air daripada paip berkenaan ekoran tekanan yang kuat.

Selain itu, difahamkan beberapa kawasan dijangka berdepan masalah gangguan bekalan air bagi memberi laluan kepada pihak berkaitan untuk mengenalpasti punca kerosakan dan menjalankan kerja-kerja baik pulih paip berkenaan.

Antara kawasan yang dijangka bakal terjejas adalah USJ2, USJ3, USJ4, USJ5, USJ6, USJ9, USJ10 dan USJ11.

Dalam pada itu, Sinar Harian turut mendapatkan maklum balas daripada Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Air Selangor, Abdul Halem Mat Som berhubung kejadian itu.

Menurut Abdul Halem, Air Selangor telah memanggil kontraktor bagi melakukan kerja-kerja baik pulih pada paip berkenaan.

"Kita dah panggil kontraktor untuk baiki," jawabnya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp.

Selain itu, Halem turut mengesahkan berlakunya gangguan bekalan air kepada pengguna di kawasan terlibat dan kerja baik pulih paip berkenaan dijangka siap jam 8 malam ini.

"Betul. Dijangka siap serta salur bekalan jam 8 malam ini," katanya.