Skim perlindungan sosial untuk pekerja di Singapura

M Kula Segaran menyampaikan faedah hilang upaya kekal kepada Chien Soon Khing (berkerusi roda) pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Perkeso di Doubletree By Hilton Hotel Johor Bahru di sini hari ini.
M Kula Segaran menyampaikan faedah hilang upaya kekal kepada Chien Soon Khing (berkerusi roda) pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Perkeso di Doubletree By Hilton Hotel Johor Bahru di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Sumber Manusia merancang melindungi kira-kira 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura menerusi skim perlindungan sosial.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, bagi memastikan hasrat tersebut tercapai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini sedang melakukan kajian terhadap rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan dijangka siap pada April atau Mei depan.

"Dianggarkan terdapat satu juta rakyat Malaysia bekerja di luar negara termasuk negara Timur Tengah dan gaji yang tinggi antara faktor rakyat turut memilih bekerja di Singapura.

"Justeru kerajaan berhasrat mahu meluaskan perlindungan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara seperti Singapura," katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Perkeso di Doubletree By Hilton Hotel Johor Bahru di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

M Kula Segaran menyampaikan sumbangan pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Perkeso di Doubletree By Hilton Hotel Johor Bahru di sini hari ini.
M Kula Segaran menyampaikan sumbangan pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Perkeso di Doubletree By Hilton Hotel Johor Bahru di sini hari ini.

Kula Segaran berkata, sebelum ini satu kajian dilakukan bagi mengkaji faktor rakyat Malaysia bekerja di Singapura namun berbeza dengan kajian yang sedang dilakukan Perkeso pada masa kini.

Jelasnya berdasarkan kajian terdahulu faktor utama rakyat Malaysia bekerja di Singapura disebabkan gaji lumayan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kementerian turut bercadang meluaskan Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Perkeso membabitkan 19 sektor tidak formal yang dikuatkuasakan pada 1 Januari lepas.

"Bilangan orang bekerja sendiri ( OBS) yang mendaftar dan mencarum menerusi skim SKSPS sejak diperkenalkan pada tahun 2017 sehingga semalam direkodkan seramai 45,923 orang.

"Walaupun secara relatifnya peratusan mencarum SKSPS terlalu kecil jika dibandingkan dengan 2.8 juta OBS yang layak, trend pendaftaran dan caruman meningkat saban hari," katanya.

Terdahulu Kula Segaran menyampaikan sumbangan Perkeso kepada sembilan penerima Faedah Hilang Kekal Upaya, 13 ibu tunggal dan 14 anak yatim.