X

Kindly register in order to view this article
!

SAR empat pelajar ditamatkan

Mayat terakhir, Mohamad Amir Izzudin diusung pasukan SAR untuk dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.
A
A

DUNGUN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat pelajar Politeknik Dungun yang lemas di Pantai Teluk Bidara di sini sejak malam kelmarin ditamatkan petang ini selepas mayat mangsa terakhir ditemui jam 3 petang tadi.

Mayat Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21 dari Melaka ditemukan terapung pada jarak kira-kira dua batu nautika dari muka Kuala Dungun, di sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, mayat mangsa ditemui nelayan yang turut menyertai anggota SAR pada jarak lebih kurang lapan kilometer (km) dari lokasi mereka dipercayai terjatuh.

"Alhamdulillah akhirnya semua mangsa berjaya ditemui dan operasi ditamatkan secara rasmi jam 4.30 petang ini.

"Pengecaman mayat mangsa dibuat oleh ahli keluarga masing-masing sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Kita berharap semua ahli keluarga tabah menerima ketentuan ini," katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Terdahulu, mayat pertama, Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, dari Kemaman ditemui oleh orang awam 7 Kilometer arah selatan dari Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) iaitu di Pantai Sura berhadapan Mayangsari Resort pada jam 7.30 pagi tadi.

Mayat kedua, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, ditemui terapung tidak jauh daripada lokasi penemuan mangsa pertama di Pantai Sura, di sini, kira-kira jam 11.35 pagi.

Mayat ketiga Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin, 21, Pahang, juga ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat pada jarak 1 KM dari lokasi penemuan mayat kedua pada jam 12.17 tengah hari.

Mayat Mohamad Amir Izzudin pula merupakan yang terakhir dijumpai terapung lebih kurang tiga jam selepas mayat ketiga ditemukan.

Sinar Harian kelmarin melaporkan empat pelajar Politeknik Dungun dikhuatiri lemas ketika sedang mandi manda di Pantai Teluk Bidara, di sini petang kelmarin.

ARTIKEL BERKAITAN:

Mayat terakhir ditemukan jam 3 petang tadi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!