X

Kindly register in order to view this article
!

Kurang kadar tol: Kedudukan kewangan PLUS tak akan terjejas

Mahathir, xavier, lawatan ke Loji Rawatan Kumbahan Pantai Tengah hari ini
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar penerangan daripada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar (dua dari kiri) ketika mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Kumbahan Pantai Tengah hari ini. Projek Pembentungan di Loji Rawatan Kumbahan Pantai Tengah menggunakan teknologi Advanced Moving Bed Bio-Reactor (AMBBR). - Foto Bernama
A
A

LANGKAWI - Kedudukan kewangan Plus Malaysia Berhad (PLUS) tidak akan terjejas susulan penurunan 18 peratus kadar tol lebuh raya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PLUS sudah membuat pengakuan kepada kerajaan akan mengurangkan tol lebuh raya dan tidak akan menaikkan kadarnya selama 38 tahun.

Menurutnya, PLUS juga akan mempunyai perolehan mencukupi daripada hasil kutipan tol bagi membiayai kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya.

“Kita percaya bahawa penggunaan lebuh raya akan terus meningkat pada masa hadapan dan ia akan tambah pendapatan Khazanah Nasional.

“PLUS juga mempunyai pendapatan tambahan lain selain tol melalui iklan dan lain-lain kemudahan miliknya di lebuh raya,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas melakukan lawatan ke Loji Rawatan Kumbahan Pantai Tengah hari ini.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga tol turun 18 peratus, kerajaan tak jadi jual PLUS: Tun M

Pengguna lega kadar tol PLUS dikurangkan 18 peratus

Lebuhraya PLUS, tujuh yang lain kurang kadar tol mulai 1 Februari


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!