Lima tanah kerajaan negeri bangun projek RMBJ

Dzulkefly (kanan) pada Majlis Pengundian Terbuka RMB Johor Taman Scientex Kulai 2, Kulai semalam.
Dzulkefly (kanan) pada Majlis Pengundian Terbuka RMB Johor Taman Scientex Kulai 2, Kulai semalam.
A
A
A

KULAI - Sebanyak lima tanah milik kerajaan Johor akan dibangunkan bagi projek Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) bagi menampung keperluan penduduk terutama golongan muda untuk memiliki rumah.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, salah satu tanah berkenaan terletak di Kulai dengan pembinaan RMB bagi kategori 'landed' di atas tanah terbabit.

Menurutnya, pengundian secara terbuka bagi RMBJ tersebut merupakan pendekatan yang telus dan adil selain mampu memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) yang memerlukan rumah.

“Sistem undian membolehkan orang awam dapat melihat sendiri proses pengagihan serta kaedah undi dilaksanakan.

"Jika sebelum ini pengagihan dilakukan melalui parti-parti politik seperti Kouta Menegakkan Kerajaan (KMK) dan kita telah memansuhkan kuota itu kerana dilihat ianya tidak telus serta terdedah dengan korupsi," katanya.

Orang ramai yang hadir pada Majlis Pengundian Terbuka RMBJ di Taman Scientex Kulai 2 di sini semalam.
Orang ramai yang hadir pada Majlis Pengundian Terbuka RMBJ di Taman Scientex Kulai 2 di sini semalam.

Beliau berkata demikian Majlis Pengundian Terbuka RMBJ di Taman Scientex Kulai 2 di sini petang semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis itu, sebanyak 119 unit RMBJ diserahkan kepada pemohon melalui sistem undi.

Dzulkefly berkata, RMBJ di Taman Scientex Kulai 2 dibina di atas tanah seluas 19.36 hektar berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan berkeluasan seunit 1,000 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.