Hanya 3,000 peniaga daftar SIRIM

Dari kanan, Mazlina bersama pengusaha Ujies Collection, Ujie Ariffin (kiri) sedang berbual pengenai pakej-pakej perkahwinan dan rekaan busana terkini.
Dari kanan, Mazlina bersama pengusaha Ujies Collection, Ujie Ariffin (kiri) sedang berbual pengenai pakej-pakej perkahwinan dan rekaan busana terkini.
A
A
A

KUANTAN - Hanya kira-kira 3,000 daripada 50,000 peniaga di negeri ini yang mendapatkan cop dan perkhidmatan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau (SIRIM) Berhad.

Pengarahnya, Mazlina Manshor berkata, jumlah itu masih sedikit kerana masih ramai yang belum tahu mengenai manfaat cop berkenaan.

"SIRIM ibarat lambang dan kualiti sesuatu produk. Produk atau perkhidmatan yang mempunyai cop SIRIM berpotensi diperluas ke pasaran yang lebih tinggi.

"Perkhidmatan SIRIM bukan sahaja dalam aspek pembungkusan dan pelabelan tetapi membimbing usahawan supaya produk dan perkhidmatan mencapai standard tertentu," katanya pada sidang akhbar sempena Karnival Raja Sehari 2020 di sini semalam.

Mazlina dalam ucapan beliau sebelum itu memberitahu, ramai peniaga di negeri ini tidak mempraktikkan kerjasama yang meluas.

Mazlina
Mazlina

"Sebagai contoh peniaga di di Hatyai, Thailand saling membantu dengan membawa pelancong ke kawasan perniagaan walaupun lokasinya tidak gah seperti di Pahang.

"Bot dan kedai ramai pengunjung. Di Pahang ada bengkel cantik tapi tak ramai orang. Kenapa situasi ramai pelancong di kedai tak lawa tidak berlaku di tempat kita? Ini disebabkan peniaga kita tidak bersatu hati.

Artikel Berkaitan:

"Mereka jual produk yang sama di pasar tetapi bergaduh. Usahawan sebenarnya tidak boleh berniaga seorang diri sebaliknya perlu ramai," katanya.

Mazlina juga mahu pelanggan dan peniaga melihat persaingan industri secara positif dan menilai perniagaan lebih kompleks sebagai peluang persaingan yang bagus bagi menggalakkan peniaga meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.