Santuari gajah di Johor dibuka tahun depan

Salman (kiri) memberi taklimat kepada Dr Sahruddin (kanan) sempena lawatan rasmi ke daerah Kota Tinggi hari ini.
Salman (kiri) memberi taklimat kepada Dr Sahruddin (kanan) sempena lawatan rasmi ke daerah Kota Tinggi hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Santuari gajah di daerah ini dijangka akan dibuka tahun depan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, santuari gajah di Johor penting bagi mengurangkan isu berkaitan serangan gajah yang didakwa sering mengganggu penduduk di beberapa kawasan di Kota Tinggi.

Selain itu, santuari terbabit mampu menjadi produk pelancongan baharu di Johor dengan berlatar belakang keindahan alam semula jadi.

"Penyerahan akan dilakukan selepas kemudahan asas disediakan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selaku agensi pelaksana projek.

"Kita akan buka kepada orang awam apabila semuanya sudah bersedia sepenuhnya serta kakitangan juga akan diberikan latihan," katanya selepas mengiringi Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal melakukan lawatan ke santuari gajah Johor sempena siri lawatan ke daerah Kota Tinggi hari ini.

Tambahnya, projek santuari berkenaan turut meliputi pembinaan sistem pagar elektrik gajah yang akan dibina sepanjang 13 kilometer bagi mengurangkan serangan gajah di kawasan selatan hutan Panti.

"Pagar ini akan disambung dengan projek pagar sedia ada di Kampung Mawai sehingga ke santuari. Ia akan meliputi bahagian selatan hutan Panti.

"Kawasan kampung-kampung dan ladang-ladang di kawasan Panti dilindungi dan ia sekali gus mengurangkan risiko diserang gajah," katanya.

Artikel Berkaitan: