MBSA lancar slogan baharu sempena ulang tahun ke-20

Kemeriahan Majlis Pelancaran Logo dan Slogan sempena ulang tahun Bandaraya Shah Alam ke-20 bertempat di Stadium Shah Alam. Majlis disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam melancarkan logo dan slogan baharu bandar raya itu sempena ulang tahun ke-20 malam tadi.

Slogan Dua Dekad Makmur dan Sejahtera sesuai dengan logo dengan kombinasi warna menarik melambangkan elemen baharu, segar, cekap, efisien dan seimbang dalam sistem tadbir urus agensi itu.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, MBSA sentiasa komited menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra kepada warganya.

Kemeriahan Majlis Pelancaran Logo dan Slogan sempena ulang tahun Bandaraya Shah Alam ke-20 bertempat di Stadium Shah Alam malam tadi. Majlis disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Menurutnya, Shah Alam sentiasa melalui proses transformasi seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri pintar.

“Sejak 20 tahun lalu bandar raya ini melalui banyak perubahan tetapi tidak pernah mengabaikan aspek kehidupan masyarakat," katanya.

Majlis pelancaran slogan berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Artikel Berkaitan: