'Saya reda, dah sampai masa dia pergi'

Mayat Muhammad Luqman Hakim Al Rashid tiba di bilik forensik, Hospital Dungun. (Gambar kecil;Mohamed Sabarudin Mohd Ali)
Mayat Muhammad Luqman Hakim Al Rashid tiba di bilik forensik, Hospital Dungun. (Gambar kecil;Mohamed Sabarudin Mohd Ali)
A
A
A
DUNGUN - [VIDEO] "Saya reda, dah sampai masa dia pergi," luah bapa kepada mangsa lemas ketiga yang ditemui hari ini, Mohamed Sabarudin Mohd Ali, 58.

Mayat Muhammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabaruddin yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik ditemui jam 12.17 tengah hari berhampiran lokasi mayat mangsa pertama dan kedua ditemui.

Mohamed Sabarudin berkata, dia pasrah atas ketentuan Ilahi dan bersyukur dengan perjalanan terakhir yang ditempuhi anaknya itu.

"Syukurlah jasad anak saya telah selamat ditemui.



"Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari anak saya sejak tiga hari lalu," katanya.

Mohd Sabaruddin berkata, jenazah anaknya itu akan dibawa pulang ke Kampung Panchor, Kuala Dong, Raub, Pahang untuk dikebumikan di kampung neneknya.

"Insya-ALLAH, liang lahad pun sudah siap digali dan kita akan bawa pulang jenazah hari ini untuk dikebumikan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat pelajar Politeknik Dungun dikhuatiri lemas

Mayat pertama mangsa lemas ditemui

Katanya, pengecaman mayat dibuat seorang lagi anaknya, Mohamad Shafiq berdasarkan tanda parut pada badan dan seluar yang dipakai.
Artikel Berkaitan:


"Memang kami cam seluar yang dipakai itu kerana seluar itu kepunyaan abangnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Laungan azan iringi pencarian empat pelajar lemas

Terdahulu, mayat pertama mangsa lemas, Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, ditemui terdampar di Pantai Sura di sini kira-kira 2 kilometer (km) dari lokasi kejadian iaitu di Pantai Teluk Bidara jam 7.30 pagi.

Mayat kedua pula, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, ditemukan terapung oleh nelayan kira-kira selang empat jam iaitu 11.35 pagi berhampiran lokasi mayat pertama ditemui.

Kini usaha pencarian diteruskan bagi mengesan mayat seorang lagi mangsa, Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21.

Kesemua mangsa merupakan pelajar semester akhir Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).