Lebih 200,000 mohon Skim Air Darul Ehsan

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman
Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman
A
A
A

PETALING JAYA - Lebih 200,000 rakyat Selangor memohon Skim Air Darul Ehsan yang berakhir 31 Disember lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman berkata, permohonan tersebut telah dihantar kepada kerajaan negeri untuk semakan.

"Kelayakan pemohon ini akan disemak bersama agensi terlibat termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pemohon yang layak akan dimaklumkan kemudian.

"Jumlah yang layak belum dapat dipastikan kerana mungkin ada yang memohon pendapatan isi rumahnya lebih dari RM4,000 namun kita berharap semua yang mendaftar layak menerima manfaat itu," katanya.

Terdahulu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan permohonan yang layak bagi skim berkenaan akan diketahui pada Mac 2020 selepas proses semak silang dilakukan berdasarkan data LHDN selesai.

Skim Air Darul Ehsan merupakan penjajaran semula air percuma di Selangor diberikan kepada kumpulan sasar dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati 20 meter padu air percuma.

Dalam perkembangan lain, Suhaimi memaklumkan Air Selangor masih menunggu keputusan kadar tarif air baharu daripada kerajaan Persekutuan.

"Belum ada sebarang perkembangan kerana masih menunggu kerajaan Persekutuan meluluskan tarif air tersebut, ia perlu digazet terlebih dahulu kemudian barulah kita boleh laksanakan tarif air tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: