Penganggur ada empat rekod jenayah kena cekup

Dadah yang dirampas selepas suspek ditahan pagi semalam.
Dadah yang dirampas selepas suspek ditahan pagi semalam.
A
A
A

LIPIS - Seorang penganggur dicekup bersama 45.47 gram dadah jenis heroin di hadapan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Sentang Kechau di sini pagi semalam.

Suspek berusia 32 tahun yang memiliki empat rekod jenayah lampau berkait dadah ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis kira-kira jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek, pihaknya menemui dadah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM2,220.

Menurutnya, dadah berkenaan ditemui disimpan dalam beg pinggang yang dibawa.

"Hasil siasatan awal, dadah berkenaan dipercayai untuk diedarkan kepada penagih di kawasan itu.

"Suspek dan dadah yang dirampas dibawa ke balai dan disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Azli berkata, semakan rekod jenayah lampau, suspek yang sudah berkeluarga itu memiliki empat rekod lampau berkait dadah mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(a) ADB 1952 dan pernah menjalani hukuman.

"Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphine," katanya.

Artikel Berkaitan: