X

Kindly register in order to view this article
!

17 murid selamat, bangunan SERI Tahfiz Al Banna terbakar

Anggota bomba yang terlibat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang berlaku di sekolah terbabit malam tadi.
A
A

MARAN - Bangunan kelas dan pejabat Sekolah Rendah Islam (SERI) Tahfiz Al Banna di Felda Melati Jengka 11 di sini terbakar malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.27 malam itu, 17 murid yang tinggal di asrama sekolah terbabit bagaimanapun terselamat dalam kejadian tersebut.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Zulkifli Bin Mohamad Zainal berkata, seramai 12 anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut dan Jengka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera EMRS sampai di lokasi pada jam 9.38 malam.

"Bangunan yang terlibat merupakan bangunan jenis kekal kelas A berkeluasan 80 x 100 kaki persegi musnah 50 peratus dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

"Operasi pemadaman dilakukan BBP Jengka dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula pam jentera dan operasi pemadaman terkawal pada jam 9.44 malam," katanya.

Ujarnya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!