Debu gunung berapi jadi batu bata

Kira-kira 5,000 batu bata yang dicampurkan debu vulkanik dan sisa plastik dihasilkan pada setiap hari. - Foto AFP
Kira-kira 5,000 batu bata yang dicampurkan debu vulkanik dan sisa plastik dihasilkan pada setiap hari. - Foto AFP
A
A
A

BINAN - Debu tebal yang dimuntahkan gunung berapi Taal yang terletak kira-kira 65 kilometer di selatan ibu negara Filipina pada akhir minggu lalu telah dijadikan batu bata sebagai respons daya cipta terhadap masalah pencemaran dan bencana alam yang sering melanda negara itu.

Pegawai alam sekitar tidak hanya membersihkan debu tebal tersebut malah mereka membuat keputusan untuk mencampurkan bahan tersebut dengan simen, pasir dan sisa plastik untuk menghasilkan kira-kira 5,000 batu bata sehari untuk projek pembinaan tempatan.

"Kami berjaya menukarnya untuk menjadi satu objek yang berguna," kata pegawai alam sekitar bandar, Rodelio Lee.

Difahamkan, timbunan sisa plastik dan debu vulkanik kini memberi manfaat yang besar kepada projek tersebut.

"Ketika ini, kreativiti kami semakin jelas," kata Datuk Bandar Binan, Arman Dimanguila.

Selain ancaman letusan Taal, Filipina juga berdepan krisis sisa sampah yang membimbangkan dengan jumlah pembuangan sisa plastik sekali guna hampir 60 bilion setahun. - AFP

Artikel Berkaitan: