8 daripada 10 penduduk kulit hitam percaya Trump rasis

Keputusan Pilihan Raya Presiden AS 2016 mendapati Trump hanya menerima lapan peratus undi sokongan daripada pengundi kulit hitam. - Foto Agensi
Keputusan Pilihan Raya Presiden AS 2016 mendapati Trump hanya menerima lapan peratus undi sokongan daripada pengundi kulit hitam. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Lebih lapan daripada 10 penduduk kulit hitam percaya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump seorang 'rasis' sekali gus menjadikan ia sebagai masalah paling besar di negara tersebut.

Keputusan kaji selidik secara atas talian dilakukan Washington Post-Ipsos pada 2 hingga 8 Januari lalu terhadap 1,088 responden bukan Hispanik berusia 18 tahun ke atas yang diterbitkan semalam juga mendapati sembilan daripada 10 penduduk kulit hitam tidak bersetuju dengan prestasi bilionair hartanah terbabit.

Majoriti atau 58 peratus juga melihat keputusan Trump sebagai Presiden adalah sangat buruk bagi golongan terbabit.

Selain itu, 65 peratus komuniti itu berasa ketika ini adalah 'masa yang buruk' untuk menjadi penduduk kulit hitam di Amerika manakala 77 peratus berpendapat sekarang adalah waktu sesuai untuk menjadi penduduk kulit putih.

Kadar pengangguran penduduk kulit hitam juga berada paras rendah 5.5 peratus.

Ketika kempen Pilihan Raya Presiden AS 2016, Trump berulang kali memandang rendah kepada golongan tersebut menerusi beberapa kenyataannya walaupun beliau menafikan tuduhan bersifat perkauman yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau juga sering merujuk beberapa negara Afrika dengan bahasa kesat.

Keputusan pemilihan pada 2016 mendapati Trump hanya menerima lapan peratus undi sokongan daripada pengundi kulit hitam.

Artikel Berkaitan:

Tahun lalu, Dewan Perwakilan AS mengundi untuk mengecam kenyataan Trump terhadap empat anggota Kongres wanita berasaskan warna kulit mereka. - Agensi