Hasrat bertemu anak tidak kesampaian

Ahmad Azhan menunjukkan gambar anaknya yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara.
Ahmad Azhan menunjukkan gambar anaknya yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara.
A
A
A

DUNGUN - "Kami sekeluarga merancang nak jumpa dia hari ini (semalam). Malangnya apa yang dirancang tidak kesampaian," kata bapa kepada seorang mangsa lemas di Pantai Teluk Bidara di sini semalam.

Ahmad Azhan Abdul Hamid, 53, berkata, dia dan isteri, Noriah Othman, 52 pada awalnya merancang untuk bertemu Muhammad Ikhwan, 21, di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).

"Kali terakhir kami bercakap selepas ibunya menelefon dia untuk memberitahu melawatnya hari ini (semalam) dan dia kata nak tunggu kami berdua datang di PSMZA.

"Kami turut merancang untuk makan tengah hari bersama sebab kali terakhir kami bertemu pada 6 Januari lalu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Menurutnya, anak ketiganya itu juga tidak pulang ke rumah minggu ini kerana mahu mengikuti pemilihan dalam sukan olahraga.

"Biasa dia akan pulang ke rumah hampir setiap minggu namun minggu ini dia memberitahu tidak dapat balik sebab ada pemilihan untuk sukan olahraga," katanya.

Ahmad Azhan memberitahu walaupun harapan untuk selamat tipis namun dia berdoa anaknya itu segera ditemui.

"Walaupun belum puas bersama dia, membesarkan dia hingga usia 21 tahun, saya pasrah dengan ketentuan ini. Saya hanya menunggu dan tidak putus berdoa supaya dia segera ditemui," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Operasi-SAR-empat-pelajar-dikhuatiri-lemas-diteruskan