100,000 dos vaksin influenza A dibawa masuk ke negara ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Kira-kira 100,000 dos vaksin influenza A akan dibawa masuk ke negara ini bulan ini dengan sejumlah 16,800 dos vaksin itu telah tiba di negara ini hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 15,000 dos vaksin influenza A akan tiba dan memasuki pasaran Isnin ini.

“Sebanyak 67,000 dos vaksin influenza A lagi akan tiba pada 27 Januari depan.

“Satu lagi (sebanyak) 100,000 dos vaksin akan tiba dalam dua hingga tiga minggu akan datang (Februari),” ciap beliau menerusi akaun Twitternya hari ini.

Berikutan itu beliau menggesa hospital dan klinik agar menjual vaksin berkenaan pada harga yang berpatutan.

Vaksin influenza A mendapat permintaan tinggi ekoran penularan wabak influenza A di negara ini ketika ini.

Sehingga semalam, Selangor merekodkan jumlah jangkitan kes influenza tertinggi dengan seramai 717 pelajar di 248 sekolah dijangkiti virus itu diikuti Pulau Pinang (198 pelajar di 96 sekolah), Perak (94 pelajar di 55 sekolah), Pahang (53 pelajar dan 3 guru) dan Negeri Sembilan (30 pelajar).

Artikel Berkaitan: