Pengemis, pengutip derma ditahan

Kehadiran anggota penguatkuasa membantut hasrat pengemis warga asing untuk 'mencari rezeki' di depan pintu pagar utama Masjid Negeri, di sini, semalam.
Kehadiran anggota penguatkuasa membantut hasrat pengemis warga asing untuk 'mencari rezeki' di depan pintu pagar utama Masjid Negeri, di sini, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Seorang bayi lelaki berusia dua bulan bersama ibunya antara 20 pengemis warga asing yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan terhadap pengemis dan pengutip derma tanpa kebenaran di sekitar Masjid Negeri, Sultan Ahmad Shah 1 di sini semalam.

Bayi berkenaan ditahan bersama ibunya, seorang warga Myanmar berusia 20 tahun ketika sedang mengemis di pintu pagar utama masjid itu kira-kira jam 12 tengahari.

Selain dua beranak itu, turut ditahan 16 lagi warga Myanmar termasuk lapan kanak-kanak dipercayai satu keluarga yang menjadikan perkarangan masjid itu sebagai 'lubuk rezeki' hasil simpati orang ramai terutama pada setiap hari Jumaat.

Turut ditahan seorang warga Indonesia, seorang warga Bangladesh dan tujuh pengemis warga tempatan.

Difahamkan, ada dalam kalangan peminta sedekah warga tempatan merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Seorang warga emas berkerusi roda antara pengemis warga tempatan yqng ditahan dalam operasi semalam.
Seorang warga emas berkerusi roda antara pengemis warga tempatan yqng ditahan dalam operasi semalam.

Seorang warga emas berkerusi roda yang ditahan mengakui datang dari Pekan dengan menaiki bas semata-mata untuk meminta sedekah.

Dia yang merupakan penerima bantuan bulanan daripada JKM menjadikan aktiviti meminta sedekah untuk menampung perbelanjaan kehidupan.

Artikel Berkaitan:

Penolong Pengarah Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Anuar Hisham Ahmad berkata, operasi bersepadu itu diadakan bagi membanteras aktiviti pengemis dan kutipan derma tanpa kebenaran mengunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan.

Menurutnya, operasi yang diselaras UPNP diketuai Penolong Pengarah,Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip ) merangkap Ketua

Seksyen Agama UPNP, Adnan Mamat, juga bertujuan untuk mengenal pasti pihak yang benar-benar layak untuk diberikan bantuan melalui saluran yang betul.

"Pada masa yang sama, ia bagi membendung aktiviti meminta sedekah dalam kalangan warga Myanmar pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang menjadikan aktiviti itu sebagai sumber pendapatan dengan mengunakan bayi dan kanak-kanak sebagai umpan untuk meraih simpati.

Seorang wanita warga asing bersama anaknya yang turut ditahan dalam operasi banteras pengemis dan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran sekitar Masjid Negeri, semalam.
Seorang wanita warga asing bersama anaknya yang turut ditahan dalam operasi banteras pengemis dan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran sekitar Masjid Negeri, semalam.

"Operasi kali ini dijalankan secara bersepadu yang turut disertai Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jaip, Jabatan Imigresen, JKM, polis dan Majlis Perbandaran Kuantan(MPK) dengan kekuatan 52 anggota,"katanya.

Anuar Hisham berkata, tumpuan diberikan sekitar kawasan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 ekoran aduan orang ramai yang kurang selesa dengan aktiviti tersebut terutama pada hari Jumaat,"katanya.

"Hasil operasi ini, pihak Jaip merampas satu tabung derma (tanpa tuan) yang diletakkan di masjid tanpa kebenaran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 86 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (mengutip derma khairat tanpa kebenaran).

"JKM membuka tujuh kes melibatkan tujuh pengemis warga tempatan yang merupakan kes berulang manakala Jabatan Imigresen menahan 20 warga asing di bawah Akta Imigresen 1959/1963 bagi tujuan saringan dan pengesahan identiti," katanya.

Wanita Myanmar bersama bayi lelakinya berusia dua bulan antara yang ditahan.
Wanita Myanmar bersama bayi lelakinya berusia dua bulan antara yang ditahan.

Beliau berkata, melalui operasi bersepadu dengan kerjasama semua jabatan berkepentingan dan orang awam, isu-isu pengemis dan aktiviti kutipan derma tanpa kebenaran secara bersindiket dapat dibanteras daripada terus berleluasa.

"Operasi bersepadu iini akan diperluaskan ke daerah-daerah lain sebagai sebahagian usaha dalam mencapai visi kerajaan negeri untuk menjadikan Pahang sebagai negeri bebas peminta sedekah dan gelandangan.