Ramli calon terbaik BN di Cameron Highlands

Wan Rosdy Wan Ismail - Foto Bernama
Wan Rosdy Wan Ismail - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - BN Pahang memberi keyakinan, pesara polis Ramli Mohd Noor calon terbaik untuk mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRK yang berlangsung pada 26 Januari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Ramli, 63, bekas pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner berketurunan Orang Asli kaum Semai terkenal dalam kalangan orang asli di daerah Jelai.

Menurutnya, beliau merupakan anak tempatan dari Pos Mensoon yang mencapai tahap pendidikan tinggi dalam bidang Pentadbiran Awam.

"Saya yakin, beliau calon terbaik bagi memastikan kerusi Parlimen ini kekal di bawah BN," katanya melalui satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Pemilihan Ramli sebagai calon BN untuk PRK Cameron Highlands diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pagi tadi sekaligus merungkai teka teki berhubung calon BN yang akan dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi tersebut.

PH sebelum ini mengumumkan bekas calon kerusi itu pada PRU14, M Manogaran dari DAP sebagai calon mereka manakala Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas turut menawarkan diri untuk bertanding di kerusi itu pada PRK kali ini.

Artikel Berkaitan: