Lapan nelayan Indonesia hilang di perairan Tambisan

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

LAHAD DATU - Lapan nelayan dipercayai hilang di perairan Tambisan, Tungku, dekat sini hari ini.

Menurut sumber, sebuah kapal nelayan yang berdaftar di Sandakan ditemui tanpa anak kapal di perairan Tangusu Bay pada jam 12.40 tengah hari.

Difahamkan lokasi kapal itu ditemui berhampiran dengan lokasi kejadian culik yang berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung insiden itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: