Ibu tunggal, anak disyaki edar dadah

Dadah yang dirampas.
Dadah yang dirampas.
A
A
A

KUANTAN - Seorang ibu tunggal bersama anak perempuannya ditahan bersama 93.25 gram syabu di Kampung Tenggalong, Muadzam Shah, awal pagi, Rabu lalu.

Suspek berusia 47 dan 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 pagi selepas rumah mereka diserbu sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan ke atas sebuah bilik di rumah berkenaan, polis menemui dadah tersebut yang disorok dalam bakul kain di atas almari dan dalam tin di atas rak pakaian.

Menurutnya, salah seorang suspek (anak) mengakui dadah dianggarkan bernilai RM13,000 itu miliknya yang diperoleh dari tokan dari kawasan sama.

"Dua beranak itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Artikel Berkaitan:


"Semakan rekod lampau mendapati mereka tidak memiliki rekod lampau dan bebas pengaruh dadah,"katanya.