Pelawak bukan lagi kerja sambilan

Sabri (kanan) bersama dua lagi panelis lain iaitu Ropie (dua dari kanan) dan Ali (tiga dari kanan) pada Wacana Sinar Harian Siri ke-150 bertajuk Transkrip Wacana Cabaran Pelawak: Dahulukan Rezeki atau Emosi? di Dewan Karangkraf di sini, semalam. - Foto MOHD IZARI ROSLI
Sabri (kanan) bersama dua lagi panelis lain iaitu Ropie (dua dari kanan) dan Ali (tiga dari kanan) pada Wacana Sinar Harian Siri ke-150 bertajuk Transkrip Wacana Cabaran Pelawak: Dahulukan Rezeki atau Emosi? di Dewan Karangkraf di sini, semalam. - Foto MOHD IZARI ROSLI
A
A
A

SHAH ALAM - Pelawak tidak lagi dianggap sebagai kerja sambilan tetapi kini diangkat sebagai satu kerjaya penting bagi menghiburkan orang dengan jenaka atau elemen-elemen komedi yang sarat dengan manfaat.

Pelakon dan Pengarah, Sabri Yunus berkata, dalam konteks hari ini, pelawak juga mempunyai tanggungjawab besar bagi memenuhi fitrah manusia yang memerlukan suasana damai serta hiburan.

"Apabila ada perkataan 'pe' di depan ia dah jadi satu perlakuan atau tanggungjawab yang dipegang dalam menjalani kerja-kerja lawak.

"Kalau kita sekadar berlawak di kedai kopi orang tak mungkin panggil kita pelawak tapi jika kita memang pelawak, ia menjadi satu amanah untuk menyampaikan atau menghiburkan dalam bentuk jenaka secara bersahaja, " katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-150 bertajuk Transkrip Wacana Cabaran Pelawak: Dahulukan Rezeki atau Emosi? di Dewan Karangkraf di sini semalam.

Wacana yang dimoderatorkan Ketua Pusat Pengajian Teater Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Norzizie Zulkifli itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, Ali Puteh dan pelawak yang begitu popular dengan jolokan Pak Kodi melalui sitcom JKK, Ropie.

Sabri berkata, peranan lawak dalam konteks hari ini juga dilihat lebih menyeluruh iaitu bukan saja hiburan kepada penonton-penonton yang sengaja mahu mendengar lawak tetapi menjadi keperluan kepada individu yang melakukan ceramah agama dan motivasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak kena tambah ilmu jika tidak mahu ketinggalan

"Mereka ini melihat atau merasakan nilai-nilai atau unsur-unsur humor juga perlu dalam ceramah penyampaian mereka kerana ia akan mendekatkan atau melekatkan audiens dengan apa yang hendak disampaikan.

Artikel Berkaitan:

"Peranan lawak itu juga ada di mana-mana waima di pentas politik atau pentas lain kerana ramai menggunakan bahan elemen komedi untuk menyegarkan suasana," katanya.

"Peranan lawak itu juga ada di mana-mana waima di pentas politik atau pentas lain kerana ramai menggunakan bahan elemen komedi untuk menyegarkan suasana," katanya.

Justeru, peranan komedi kini secara tidak langsung boleh dianggap sebagai sangat besar dan penting dalam kehidupan manusia.

Sementara itu, mengulas berhubung perbezaan pelawak dulu dan sekarang, Sabri berkata, beliau tidak melihat perbezaan tersebut.

"Perbezaan yang saya nampak antara dulu dan sekarang hanya zaman tetapi lawak itu masih sama cuma ia dituturkan oleh orang yang berbeza.

"Idea lawak itu mungkin datang daripada orang macam saya tetapi ia keluar dari mulut orang lain seperti Ropie umpamanya...dalam konteks sekarang, kalau keluar dari mulut saya orang dah tak terima sebab zaman saya dah habis tetapi jika dituturkan Ropie penerimaan pasti berbeza," katanya.