Pelancong batal perjalanan, Australia rugi berbilion dolar

Koala antara spesies terjejas teruk akibat kebakaran di Australia. - Foto AFP
Koala antara spesies terjejas teruk akibat kebakaran di Australia. - Foto AFP
A
A
A

SYDNEY - Kerajaan Australia akan kerugian berbilion dolar dalam pendapatan pelancongan berikutan pembatalan perjalanan beramai-ramai oleh pelancong antarabangsa akibat krisis kebakaran hutan dahsyat yang melanda negara itu.

Menurut Majlis Eksport Pelancongan Australia (ATEC), jumlah kunjungan pelancong ke Australia jatuh 10 hingga 20 peratus sejak kebakaran bermula September lalu dan kemerosotan itu akan menjejaskan ekonomi kira-kira AS$3 bilion (RM12.16 bilion) pada tahun ini.

"Pengunjung antarabangsa membatalkan perjalanan mereka kerana bimbang dengan kualiti udara, keselamatan dan kesan kebakaran terhadap sektor pelancongan serta kurang pasti tentang berapa lama masa yang akan kami ambil untuk kembali pulih," kata Pengarah Urusan ATEC, Peter Shelley.

Bencana itu paling memberi kesan kepada perjalanan dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Eropah kerana biasanya dalam tempoh Disember hingga Februari, 50 peratus daripada tempahan pelancong tahunan datang daripada pasaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Petani teruja hujan turun di New South Wales

Shelley berkata, industri dan kerajaan perlu segera sedar bahawa destinasi pelancongan utama adalah paling terjejas oleh kebakaran.

Kerajaan konservatif Australia yang dikritik hebat akibat tindak balasnya terhadap kebakaran dan pemanasan global yang disifatkan sebagai penyumbang terbesar kepada krisis berkenaan telah mengumumkan pelan pemulihan bernilai A$2 bilion (RM5.6 bilion). - AFP

Artikel Berkaitan: