Wanita paksa anak minum racun

Seorang wanita tergamak memaksa anaknya meminum racun ‘paraquat’ bersamanya dirinya. - Sumber China Press
Seorang wanita tergamak memaksa anaknya meminum racun ‘paraquat’ bersamanya dirinya. - Sumber China Press
A
A
A

SICHUAN – Gara-gara bergaduh dengan suami seorang wanita bertindak meminum racun ‘paraquat’ dan turut memaksa anaknya berbuat demikian.

Akibatnya, dua beranak itu dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dirawat di di Hospital Chengdu, lapor China Press yang memetik sumber.

Menurut suami wanita tersebut yang dikenali sebagai Liu dipetik sebagai berkata, dia menerima panggilan daripada pihak hospital kira-kira jam 7 malam, pada 9 Januari lalu yang memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di hospital.

Ketika siasatan polis, lelaki tersebut memberitahu perkahwinannya yang berusia empat tahun itu telah dilanda masalah.

“Kami sudah dua tahun tidak tinggal sebumbung atas urusan kerja dan tahun lepas baru kami hidup bersama.

“Sejak tinggal bersama, isteri saya kerap meminta duit dan pernah juga meminta cerai serta hak penjagaan anak kami yang berusia tiga tahun setiap kali bergaduh. Tergamak isteri nak bunuh diri dengan meminum racun,”katanya.

Dalam pada itu, Liu berkata keadaan anaknya kini dilaporkan semakin pulih.

Artikel Berkaitan: