Anggota bomba cedera semasa padam api

Keadaan bangunan yang menjual alat ganti kereta yang terbakar tengah hari tadi.
Keadaan bangunan yang menjual alat ganti kereta yang terbakar tengah hari tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak cedera semasa operasi pemadaman di sebuah premis menjual alat ganti kereta di Segambut, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan anggota tersebut, Chik Khu Muhammad Syahmi Chik Khu Omar, 28 cedera akibat terkena runtuhan dinding dalam bangunan dua tingkat itu.

"Mangsa cedera di bahagian peha dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan.

"Mangsa kini dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri untuk rawatan susulan dan dilaporkan stabil, " katanya.

Dalam kejadian jam 12.20 tengahari itu, seramai 51 anggota dari BBP Sentul, BBP Jinjang, BBP Titiwangsa, BBP Hang Tuah, BBP Taman Tun Dr Ismail dan BBP Jalan Tun Razak terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran bangunan berkeluasan 6,000 kaki persegi itu.

Api berjaya dikawal jam 12. 50 tengah hari dan kemusnahan melibatkan 80 peratus bangunan namun tidak melibatkan mangsa dalam kalangan orang awam.

Bantuan awal diberikan kepada mangsa sebelum dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut
Bantuan awal diberikan kepada mangsa sebelum dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut

Artikel Berkaitan: