Anwar arah mulakan saman fitnah ke atas Yusoff Rawther

Ramkarpal Sigh -Foto Bernama
Ramkarpal Sigh -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Peguam Ramkarpal Sigh mengesahkan beliau telah menerima arahan daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan saman fitnah terhadap Muhammed Yusoff Rawther.

Menurut Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, arahan saman itu diterimanya beberapa hari lalu berhubung akuan bersumpah (SD) yang dibuat Muhammed Yusoff pada 19 November lalu.

“Siasatan polis terhadap tuduhan SD itu telah lengkap dan Peguam Cara Negara baru-baru ini juga telah mengumumkan bahawa Anwar tidak akan dituduh selepas hasil siasatan itu diperoleh.

“Jadi, saya akan mengambil langkah segera untuk memfailkan saman fitnah tersebut minggu depan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Selasa lalu, Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Anwar berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadap Muhammed Yusoff yang juga bekas penyelidik PKR.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar ucap terima kasih, hargai profesionalisme Jabatan Peguam Negara

Muhammed Yusoff membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 7 Disember lalu, meminta polis menyiasat akuan berkanunnya yang antara lain mendakwa diperlakukan secara tidak senonoh oleh Anwar.

Anwar bagaimanapun menafikan keras dakwaan berkenaan dan turut membuat aduan polis.

Artikel Berkaitan: