Bayi ditinggalkan bawah pokok pisang

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

SIBU - Seorang petani yang hendak membuang sampah terperanjat besar apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan berhampiran sebatang pokok pisang di Sibu Jaya di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, bayi yang ditemui kira-kira jam 9.30 pagi ditinggalkan tanpa pakaian itu masih belum dapat dipastikan bangsanya.

"Semasa hendak membuang sampah, petani itu terdengar suara tangisan bayi dan selepas memeriksa sekeliling, dia menemui bayi berkenaan.

"Pengadu kemudiannya membawa bayi itu ke rumahnya untuk dimandikan terlebih dahulu sebelum membawanya ke Balai Polis Sibu Jaya untuk membuat laporan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Stanley berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Sibu dengan ambulans untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: