Kurang kadar tol: Khazanah akan kerjasama dengan kerajaan

Kerajaan memutuskan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan tujuh yang lain bagi kenderaan persendirian bermula 1 Februari depan.
Kerajaan memutuskan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan tujuh yang lain bagi kenderaan persendirian bermula 1 Februari depan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan bekerjasama dengan kerajaan bagi pelaksanaan inisiatif pengurangan 18 peratus kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan tujuh yang lain.

Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, sebagai pemegang saham PLUS, sebanyak 51 peratus menerusi anak syarikat UEM Group Bhd, Khazanah akan memastikan piawaian keselamatan yang tinggi, keselesaan dan kemudahan dinikmati pengguna dikekalkan.

"Kami bergerak ke hadapan untuk membincangkan pelaksanaan inisiatif ini dengan semua pemegang kepentingan yang lain.

"Khazanah dan PLUS akan mengumumkan butiran lanjut mengenai inisiatif penyusunan semula tol selepas rundingan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kerajaan memutuskan pengurangan kadar tol itu bagi kenderaan persendirian bermula 1 Februari depan.

"Kami bergerak ke hadapan untuk membincangkan pelaksanaan inisiatif ini dengan semua pemegang kepentingan yang lain.

Sejajar dengan keputusan itu, tempoh konsesi di kesemua Lebuhraya PLUS dilanjutkan selama 20 tahun dari tahun 2038 ke 2058.

Selain Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memiliki 49 peratus kepentingan

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Lebuhraya PLUS, tujuh yang lain kurang kadar tol mulai 1 Februari

Harga tol turun 18 peratus, kerajaan tak jadi jual PLUS: Tun M