Bebas pesalah khalwat: Tiga penguatkuasa agama Islam direman

A
A
A

KLANG - Tiga pegawai penguatkuasa agama Islam daerah yang membebaskan pesalah khalwat, direman bagi membantu siasatan berhubung sogokan membabitkan RM600.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Klang, Nik Nur Amalina Mat Zaidan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua daripada suspek direman dua hari manakala suspek yang dipercayai menerima wang sogokan itu direman empat hari," katanya.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana rasuah.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek berusia 32 dan 37 tahun itu ditahan jam 6 petang semalam selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai meminta dan menerima suapan sebanyak RM600 daripada orang awam sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan bagi kesalahan kes khalwat di daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan: