Pusat pemuliharaan harimau jadi tarikan baharu

NTCC di Lanchang yang dijadualkan siap pada April depan bakal menjadi tarikan terbaru pelancongan di negara ini.
NTCC di Lanchang yang dijadualkan siap pada April depan bakal menjadi tarikan terbaru pelancongan di negara ini.
A
A
A

TEMERLOH - Kewujudan Pusat Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCC) dijangka menjadi satu lagi destinasi dan tarikan baharu di negara ini sekali gus membantu merancakkan pelancongan dalam negara.

Pembinaan pusat tersebut yang terletak berhampiran Institut Biodiversiti dan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah di Kampung Bolok Hulu, Lanchang itu dijadualkan siap pada 30 April depan membabitkan peruntukan sebanyak RM20.8 juta dengan keluasan 40 hektar.

Wakil kontraktor Acuan Unggul Sdn Bhd yang bertanggungjawab menyiapkan projek itu, Mohd Fadli Mahadi berkata, projek tersebut kini tinggal beberapa peratus sahaja dengan kerja-kerja akhir sedang giat dilakukan dan difahamkan dibuka kepada orang awam menjelang penghujung tahun ini.

"Cabaran utama dalam melaksanakan kerja ialah kami perlu memotong banyak bukit supaya lebih landai dan sesuai untuk pemuliharaan harimau liar dari seluruh negara.

"Terdapat 32 kandang kukuh setinggi enam meter untuk pelbagai usia harimau ditempatkan di sini sama ada dipelihara dan dibiak sebelum dilepaskan ke habitat asal," katanya.

Kerja-kerja pembinaan NTCC sedang giat dilakukan dan difahamkan akan dibuka kepada orang awam menjelang penghujung tahun ini.
Kerja-kerja pembinaan NTCC sedang giat dilakukan dan difahamkan akan dibuka kepada orang awam menjelang penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, penduduk Kampung Bolok Hulu berharap kerajaan tidak meminggirkan mereka selaku penduduk tempatan khususnya generasi muda dengan memberi keutamaan terhadap peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di NTCC kelak.

Penduduk, Saari Abdul Manaf, 30, berkata, dia amat berbangga dengan projek besar seperti NTCC di kawasan kampung tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Isunya sekarang apa orang kampung dapat daripada projek itu seperti dari segi peluang pekerjaan kerana sudah pasti NTCC akan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

"Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) perlu mengutamakan penduduk Kampung Bolok Hulu dan Lanchang sebagai tenaga kerja berkaitan prosedur pemuliharaan harimau," katanya.