Mohd Ansarullah dilantik Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan berkuat kuasa 20 Januari ini

MOHD ANSARULLAH
MOHD ANSARULLAH
A
A
A

KETUA Seksyen Agama, Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Penjara Malaysia, Mohd Ansarullah Mohd Hashim dilantik sebagai Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan berkuat kuasa pada 20 Januari ini.

Perkara itu diumumkan menerusi kenyataan media dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada hari ini.

Menurut beliau, pelantikan Mohd Ansarullah itu bagi menggantikan Hashim Salleh yang akan bertukar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan.

"Tuan Haji Mohd Ansarullah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Beliau memiliki pengalaman hampir 30 tahun dalam pengurusan dan perkhidmatan awam khususnya pentadbiran Islam," kata beliau dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada Hashim atas segala khidmat disumbangkan beliau sepanjang memegang jawatan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan: