Dua sahabat aktif curi barang dalam kereta tumpas

Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya dua lelaki di Jalan Sembilang, Teluk Pulai, Klang, Isnin lalu.
Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya dua lelaki di Jalan Sembilang, Teluk Pulai, Klang, Isnin lalu.
A
A
A

KLANG - Kegiatan dua sahabat yang aktif melakukan jenayah curi dan pecah kenderaan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bandar Bukit Tinggi Klang, di sini akhirnya ditumpaskan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek lelaki masing-masing berusia 27 dan 35 tahun itu ditahan di kediaman mereka di Jalan Sembilang, Teluk Pulai, Klang kira-kira jam 4 pagi, Isnin lalu.

Menurutnya, semakan mendapati suspek yang berusia 35 tahun itu memiliki dua rekod bersabit kes samun dan dadah.

"Terbaru suspek itu dipercayai melakukan jenayah pecah dan curi barang dalam kenderaan pada 7 Januari lalu. Kita terima laporan daripada seorang mangsa selepas cermin kenderaannya jenis Perodua Axia pecah dan barangan di dalamnya hilang.

"Antara yang hilang adalah 4 unit 'power window', lampu kenderaan serta wang tunai," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan hari ini.

Amar (dua dari kiri) menunjukkan antara peralatan yang dirampas susulan tertangkapnya dua lelaki di Jalan Sembilang, Teluk Pulai, Klang, Isnin lalu.
Amar (dua dari kiri) menunjukkan antara peralatan yang dirampas susulan tertangkapnya dua lelaki di Jalan Sembilang, Teluk Pulai, Klang, Isnin lalu.

Beliau berkata, soal siasat suspek mengaku terlibat kira-kira 10 kes dan aktif sejak setahun lalu di sekitar pasar raya terbabit.

"Antara yang hilang adalah 4 unit 'power window', lampu kenderaan serta wang tunai," katanya

Artikel Berkaitan:

Katanya, suspek dipercayai mensasarkan kawasan parkir di lokasi itu kerana faktor kawalan keselamatan yang agak longgar dan bukan laluan utama orang awam.

"Dengan tertangkapnya suspek, kita telah merampas pelbagai barang disyaki hasil curi seperti radio, tayar kenderaan serta sport rim," katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.