X

Kindly register in order to view this article
!

PIKM iktiraf kejayaan anak pengawal keselamatan

Pengerusi Koperasi Keselamatan Berhad Datuk Seri Mustapa Ali (kiri) bertukar memorandum bersama Ramli (kanan) pada Majlis Anugerah Akademik Tunjang Harapan PIKM di Kelab Shah Alam. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) melakar sejarah apabila melancarkan Anugerah Akademik Tunjang Harapan sekali gus mengiktiraf kejayaan anak-anak pengawal keselamatan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Presiden PIKM, Datuk Seri Ramli Yusuff berkata, pihaknya berbesar hati dapat menganjurkan anugerah yang pertama kali diadakan itu.

Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Datuk Seri Ramli . - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Datuk Seri Ramli . - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

“Anugerah ini bertujuan mengiktiraf anak-anak pekerja dan pengawal keselamatan yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019.

“Sebanyak 17 pencalonan diterima menerusi 12 syarikat ahli PIKM dan kesemua mereka mendapat anugerah ini,” katanya selepas hadir pada Majlis Anugerah Akademik Tunjang Harapan PIKM di Kelab Shah Alam di sini semalam.

Anak-anak pengawal keselamatan yang mendapat Anugerah Akademik Tunjang Harapan PIKM di Kelab Shah Alam semalam. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Anak-anak pengawal keselamatan yang mendapat Anugerah Akademik Tunjang Harapan PIKM di Kelab Shah Alam semalam. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Ramli berkata, anugerah itu juga dapat memberi semangat kepada pengawal keselamatan yang berkhidmat.

“Ini menunjukkan komitmen kita dalam memastikan semangat bukan sahaja pengawal keselamatan malah anak dan keluarga mereka terus bersemangat mencapai kecemerlangan.

“Selain itu, kita wujudkan anugerah ini sebagai permuafakatan antara ahli selain daripada perkongsian sumber. Saya berharap lebih banyak kejayaan dicapai pada masa akan datang,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!