Subsidi suntikan influenza untuk guru di Parlimen Rasah


Gambar hiasan vaksin -Foto 123rf (Gambar kecil: Cha Kee Chin)
Gambar hiasan vaksin -Foto 123rf (Gambar kecil: Cha Kee Chin)
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin memperuntukkan RM20,000 untuk guru dan kakitangan sekolah di parlimen itu bagi mengambil suntikan pencegahan influenza A.

Menurutnya, pengambilan suntikan itu sangat penting memandangkan guru adalah antara individu berisiko untuk dijangkiti penyakit influenza.

"Kadangkala ada murid yang tidak sihat tetapi mereka datang juga ke sekolah, itu mengakibatkan para guru juga terdedah dengan jangkitan.

"Dengan itu saya menawarkan subsidi sebanyak RM40 bagi seorang guru dan kakitangan sekolah yang ingin mengambil suntikan pencegahan influenza A dan ia dihadkan kepada 500 orang untuk fasa pertama ini," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, tawaran subsidi RM40 seorang untuk suntikan influenza itu boleh dibuat di Pejabat Ahli Parlimen Rasah dengan disertakan borang dan resit berkaitan.

"Bayaran akan dibuat kepada akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah masing-masing selepas proses tuntutan dibuat.

"Bayaran akan dibuat kepada akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah masing-masing selepas proses tuntutan dibuat.

"Pihak sekolah diberi kebebasan untuk memilih mana-mana klinik atau hospital swasta untuk mengambil suntikan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: