X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tidak keluar permit guna mercun 'Happy Boom' secara terbuka

A
A

JOHOR BAHRU - Tiada sebarang kelulusan atau permit dikeluarkan bagi penggunaan mercun 'Happy Boom Red Cracker’ (8 inci) secara terbuka.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamaruddin Md Din berkata, penggunaan mercun jenis itu adalah secara terhad bagi tujuan majlis atau sambutan perayaan yang memanfaatkan masyarakat dan berunsurkan keagamaan sahaja.

“Penjualan mercun jenis ini juga tidak dibenarkan secara terbuka tetapi hanya melalui syarikat pengedar yang telah dibenarkan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Garis panduan ini adalah terpakai sehingga kini dan sebarang perubahan syarat-syarat sehingga arahan semasa dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan.