X

Kindly register in order to view this article
!

Rokok seludup lebih RM120,000 dirampas

Shamsul Amar (dua dari kanan) menunjukkan antara rokok yang dirampas dalam operasi di premis runcit dan rumah Selasa lalu.
A
A

KLANG - Polis menggempur enam buah premis runcit dan sebuah rumah di daerah ini dan merampas 238 karton pelbagai jenis rokok dipercayai diseludup, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan tersebut membawa kepada tangkapan lapan lelaki termasuk tiga warga Indonesia berusia lingkungan 27 hingga 35 tahun.

"Kesemua individu itu dipercayai adalah penjaga premis dan mereka ditahan bersama 238 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM125,875.


Antara rokok yang dirampas dalam operasi di premis runcit dan rumah di Klang, Selasa lalu.
Antara rokok yang dirampas dalam operasi di premis runcit dan rumah di Klang, Selasa lalu.

"Polis percaya rokok tersebut dibawa masuk dari negara luar sebelum dijual di premis-premis runcit secara sorok-sorok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan pihaknya akan terus menjalankan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha mengekang aktiviti jualan rokok seludup.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!