HUAWEI MateBook D 15 akan dilancarkan esok dan rebut hadiah percuma bernilai RM1,287*

No Image Caption
A
A
A

Dalam era komunikasi digital kini, semua orang mahu memiliki gajet yang serba canggih namun harganya pastilah yang mampu milik.

Buat pelajar mahupun individu yang bekerjaya, pasti memerlukan komputer riba untuk urusan pekerjaan dan tugasan kolej.

Namun, untuk memiliki laptop yang serba canggih, nipis, ringan pada harga yang murah agak sukar. Kebanyakannya pasti mahal dan hanya orang berkemampuan sahaja boleh memilikinya.

Tetapi tidak bagi HUAWEI yang berani tampil dengan keluaran terbarunya; HUAWEI MateBook D 15 dengan harga yang cukup istimewa iaitu RM2,499 sahaja.

Dengan reka bentuk yang menarik, pengisian serba baru, teknologi canggih, nipis dan ringan, sudah pasti komputer riba ini menjadi idaman semua orang!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,287 pada siri jelajah HUAWEI Sabtu ini.

Tawaran terhad pada orang terawal sahaja. siapa cepat dia dapat!

No Image Caption



Ringan dan nipis...Hanya 1.53kg dan 16.9mm

Artikel Berkaitan:

Direka dengan unik, komputer riba hanya seberat 1.53 kilogram dan senipis 16.9 milimeter sahaja. Memang sesuai untuk mereka yang suka bawa laptop ke mana sahaja. Tiada lagi isu berat dan sakit bahu lagi!

Paparan HD FullView dengan skrin 15.6 inci

HUAWEI telah membawa teknologi baharu dalam keluaran HUAWEI MateBook D15 iaitu resolusi 1980 x 1080 pada skrin sebesar 15.6 inci.

Bukan itu sahaja, komputer riba ini turut dilengkapi ratio screen-to-body sebanyak 87 peratus di mana penggunanya boleh mengakses lebih banyak maklumat tanpa perlu sroll skrin.

Paparan skrin juga diiktiraf menggunakan low blue light oleh TÜV Rheinland. Ini bermakna blue light akan diasingkan, sekaligus mengelakkan mata kita daripada terkena radiasi berbahaya.

Jadi tidak perlu bimbang untuk tonton video berjam-jam di Youtube dan NetFlix kerana ia tidak merosakkan mata anda.

No Image Caption



Kerjasama Multi-Skrin yang amat mudah

Dengan hanya satu ketukan, telefon pintar anda dan HUAWEI MateBook D 15 akan berubah menjadi satu peranti walaupun tiada sambungan internet.

Ini kerana skrin telefon anda akan muncul di komputer riba yang membolehkan anda menyeret dan mengedit fail di komputer riba sementara rakan sekerja membuat pesanan pada telefon anda.

Kelebihan ini juga membolehkan anda bermain games atau tonton video di skrin lebih besar. Pasti lebih seronok dan puas hati!

Menarik bukan? Kerjasama cross-device ini menjadikan kehidupan anda lebih mudah dan bermakna.

Pengecas muat dalam poket

HUAWEI MateBook D 15 ini dilengkapi dengan pengecas USB 65W yang sesuai untuk dibawa ke mana sahaja dan boleh mengecas ketika dalam perjalanan.

Anda tidak perlu pening kepala untuk membawa pengecas yang besar. Ini kerana anda boleh berkongsi pengecas ini dengan telefon pintar anda.

Jadi, anda juga boleh memindahkan data dari komputer riba ke telefon pintar HUAWEI dengan pantas dan mudah.

Apa yang menarik ia boleh mengecas bateri komputer riba anda hingga 53 peratus hanya dalam 30 minit sahaja.

No Image Caption



Buka kunci dengan hujung jari anda

HUAWEI MateBook D 15 memiliki pengimbas cap jari yang akan memudahkan anda menghidupkan komputer riba dengan satu sentuhan.

Tanpa perlu memasukkan kata laluan, anda hanya perlu menekan Power Button yang berfungsi sebagai sensor cap jari.

Prestasi laju dan storan besar

Komputeri riba ini dilengkapi dengan PCIe SSD3 dengan 8GB yang direka dalam dua saluran DDR4 RAM.

Bukan itu sahaja, dua storan peranti yang terdiri daripada 256GB SSD dan 1T HDD untuk meningkatkan kelajuan membaca dan menulis sebanyak 50 peratus berbanding memori saluran tunggal.

Ia turut dikuasakan dengan AMD Ryzen 5 3500U, kad grafik Radeon Vega 8 Graphics yang membolehkan anda melakukan kerja dengan mudah.

No Image Caption

Kamera tersembunyi untuk keselamatan

HUAWEI MateBook D 15 ini tampil dengan kelainan dengan kamera tersembunyi. Biasanya komputer riba mempunyai kamera di skrin tetapi kali ini ia terletak di papan kekunci.

Kamera ini boleh dibuka dan ditutup dengan satu picitan sahaja. Jadi, tiada lagi isu kamera anda diakses atau digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tidak semua syarikat pengeluar boleh menyediakan semua teknologi ini dengan harga yang murah dan berpatutan.

Hebat kan? Komputer riba yang dilengkapi teknologi hebat dan mesra pengguna ini akan dilancarkan pada 18 Januari ini.

Dengan harga RM2,499, HUAWEI MateBook D 15 adalah pilihan yang tepat untuk anda memilikinya kerana ia memberikan anda pelbagai fungsi dan teknologi terkini.

No Image Caption
Play Icon

Ikuti jelajah HUAWEI di beberapa pusat beli-belah negara seperti di Imago Mall, IOI City Mall, Queensbay Mall dan Sunway Pyramid.

No Image Caption

Sempena pelancaran bakal tiba ini, HUAWEI menawarkan promosi dengan setiap pembelian HUAWEI MateBook D 15, anda akan menerima tiga hadiah antaranya HUAWEI FreeBuds 3, Microsoft Office 365 and Bluetooth mouse.

Tawaran terhad buat orang terawal sahaja. Siapa cepat dia dapat!

No Image Caption

Orang ramai boleh menyertai siri jelajah ini dan maklumat lanjut boleh didapati laman Facebook rasmi siri jelajah ini di https://www.facebook.com/events/831605817267592/

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://shop.huawei.com