Ubat demam penyebab pendarahan jika salah guna

JANGAN sesekali menggunakan ubat tersebut jika anak anda mengalami demam baru sehari.
JANGAN sesekali menggunakan ubat tersebut jika anak anda mengalami demam baru sehari.
A
A
A

LUMRAH bagi setiap manusia yang sakit, pastinya penawar akan dicari bagi merawat sekali gus menyembuhkan kesakitan.

Begitu juga buat anak kecil yang demam, ibu bapa yang tidak senang duduk akan mengambil langkah drastik bagi memastikan si buah hati tersayang kembali sihat.

Namun, sedar atau tidak, ubat demam diambil boleh menyebabkan seseorang anak mengalami pendarahan jika salah digunakan.

Bahayakan?

Ubat itu dikenali dengan suppository diclofenac iaitu ubat yang dimasukkan ke dalam dubur sama seperti Supp Paracetamol untuk merawat demam.

Selalunya supp diclofenac digunakan sebagai ubat tahan sakit, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menurunkan suhu ketika demam.

Ibu bapa selalunya lebih suka menggunakan ubat jenis itu kerana ia dapat mengurangkan suhu badan pesakit dengan lebih berkesan berbanding paracetamol (PCM).

Apa pun, jangan guna ubat itu jika:

Artikel Berkaitan:

1. Si kecil baharu mengalami demam baru sehari.

2. Tidak diketahui punca akibat demam tersebut.

3. Anak berumur kurang dari setahun.

4. Kawasan rumah mempunyai kes denggi.

Bagi mereka yang mengalami demam denggi dan mengambil ubat tersebut, pesakit akan mempunyai dua risiko iaitu:

1. Kerosakan hati

2. Demam denggi berdarah

Kajian telah dibuat dan mendapati mereka yang mengambil ubat jenis diclofenac iaitu ubat tahan sakit jenis Nonsteroidal anti-inflammatory drugs mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi kerosakan hati dan demam denggi berdarah.



SUPP DICLOFENAC (Voren) bertindak untuk mengurangkan suhu badan anak anda dengan cepat.
SUPP DICLOFENAC (Voren) bertindak untuk mengurangkan suhu badan anak anda dengan cepat.

Bahkan kadar kematian juga semakin meningkat ketika mengambil ubat jenis itu.

Ubat tersebut boleh digunakan jika:

1. Telah diketahui punca kepada demam (darah telah diambil dan menunjukkan ia bukan disebabkan demam denggi).

2. Sebagai ubat tahan sakit.

3. Tiada alahan kepada ubat itu.

ANEKDOT

Saranan pemberian ubat supp kepada anak anda:

- Umur enam bulan hingga empat tahun (satu biji supp PCM 125mg, empat kali sehari)

- Umur lima hingga lapan tahun (satu biji supp PCM 125mg, empat kali sehari atau satu biji supp PCM 250mg, empat kali sehari)

- Umur lapan hingga 12 tahun (satu biji supp PCM 250mg, empat kali sehari)

Sumber:@thediagnosa